Sabtu, 31 Disember 2011

Kean gesa pemilik beli Jahnson dan Gunter

  
                                   


Kean mahukan Johnson.

Steve Kean telah menyatakan pemilik Blackburn terus menyokongnya – namun masih gagal untuk meyakinkan mereka supaya berbelanja demi menyelamatkan hayat Rovers di Liga Perdana. 

Kean telah diberikan kebenaran oleh pemilik kelab dari India, Venky’s untuk mendapatkan sehingga empat pemain semasa jendela perpindahan Januari ini.

Pengurus Scotland itu memujuk pemilik bersama Anuradha Desai segera memberikan tunai kerana ia penting untuk membeli pemain baru dengan penyerang Fulham,  Andy Johnson dan pemain pertahanan Nottingham Forest, Chris Gunter menjadi sasaran utamanya. 

Sumber dalaman mendakwa Kean mungkin terpaksa mengubah hajatnya dan mendapatkan pemain secara pinjaman dengan penyerang West Ham, Carlton Cole, yang mungkin boleh dipinjam, turut berada dalam pemerhatian. 

Kean berkata: “Saya telah berjam-jam bercakap dengan pemilik kelab sejak dua hari lepas. Kami akan mendapatkan pemain dengan seberapa segera yang boleh. Kami ada pemain yang cedera dan skuad yang nipis. Ia  sangat penting untuk memperkuatkan pasukan di awal musim perpindahan. Saya telah diminta menyenaraikan bahagian mana yang mahu saya perkuatkan. 

“Kami cuba mendapatkan pemain dengan segera. Saya mahukan empat orang pemain.”

Rovers, yang turut mencuba untuk mengurangkan hutang mereka, tidak mendedahkan dari mana sumber wang mereka.

West Ham enggan berganjak isu tawaran Tomkins

                             
Pemain West Ham, James Tomkins diburu Newcastle.
West Ham memberitahu Newcastle, mereka perlu meningkatkan tawaran £3 juta terhadap James Tomkins untuk menggoda kelab itu melakukan penjualan.

Newcastle juga berminat mendapatkan pemain Middlesbrough iaitu Rhys Williams dan pemain Manchester City, Nedum Onuoha, tetapi mencari pada nilai yang terbaik.

Pengurus West Ham, Sam Allardyce berkata, "Mungkin adanya beberapa minat buat James tetapi itu memerlukan kos mega untuk memilikinya.

Pertanyaan Allardyce bagi pemain Huddersfield, Jordan Rhodes telah ditolak manakala penjaga gol, Marek Stech dikehendaki oleh Burnley.

Villa mahu pinjam Frimpong

                                   
Alex McLeish berharap dapat kalahkan Wolves untuk Frimpong.
Bos Aston Villa, Alex McLeish berharap dapat mengalahkan Wolves untuk meminjam pemain remaja  Emmanuel ­Frimpong dari Arsenal.

McLeish telah mengenal pasti midfield tengah Villa sebagai bahagian penting untuk diperkuatkan pada Januari ini. 

Beliau ada bajet yang terhad kerana perlu menjual untuk membeli tapi masih ada satu posisi pinjaman dengan bintang Spurs yang tercedera, Jermaine Jenas masih berada dalam senarai pemain Villa. 

McLeish cukup tertarik dengan kelibat pemain berusia 19 tahun itu semasa kemenangan Arsenal di Villa Park dan kini berharap dapat mengalahkan Wolves untuk kontrak pinjaman Frimpong hingga akhir musim.

QPR buat langkah pertama dalam pengejaran Jelavis

                                 
Nikica Jelavic antara penjaring gol di Rangers.
QPR telah membuat tawaran £7 juta untuk striker Rangers, Nikica Jelavic.

Pengurus Rangers, Ally McCoist mengesahkan tawaran telah diletakkan sebelum aksi rival pada Rabu lalu.

Dia berkata, "Seseorang di kelab memberitahu saya sebelum permainan bermula, yang mana saya amat perlukan. Itu satu kejutan."

Pengurus West Bromwich Albion, Roy Hodgson dalam kelompok penontonsemasa permainan, begitu juga pengurus Everton, David Moyes. Namun kedua-dua kelab itu akan bergelut menandingi tawaran QPR terhadap Rangers sekitar £10 juta.

Jelavic berpindah ke Rangers dengan harga £4 juta dari Rapid Vienna pada musim panas 2010 dan telah menjaringkan 28 gol dalam 43 aksi untuk kelab itu.

Sunderland dan Liverpool juga telah dikaitkan dengan pemain berusia 26 tahun itu yang melalui tempoh jaringan terbaik dalam kariernya.

Winterburn jangka Henry menyinar

                               
Thierry Henry bakal menyertai Arsenal secara pinjaman.
Bekas bek Arsenal, Nigel Winterburn yakin kepulangan Thierry Henry ke Emirates akan menyediakan batu loncatan yang besar kepada kelab itu.

Ketika ditanya mengenai potensi perjanjian itu, Winterburn berkata, "Saya harap semua berjalan lancar seperti yang dijangkakan."

"Itu berita baik untuk penyokong Arsenal. Thierry Henry merupakan juara. Jika dia boleh memberi kesan kepada pemain di sekelilingnya, itu baik untuk mereka."

"Saya harap semuanya akan sempurna."

Di sebalik keghairahan mahu melihat warga Perancis itu kembali ke jersi Arsenal, Winterburn mengakui kepulangan Henry merupakan satu perjudian.

Jika segalanya berjalan lancar, itu akan menjadi satu langkah hebat oleh Arsene Wenger, namun pada sisi lain jika ia gagal, orang akan berkata, "Kenapa dia tak keluar dan dapatkan striker bertaraf dunia masa kini?"

"Adakah dia akan memainkan peranan tengah dan mungkin Robin van Persie beralih ke kiri? Van Persie merupakan tonggak di Arsenal ketika ini. Akan ada banyak soalan untuk dijawab tetapi Arsenal akan gembira memilikinya kembali untuk masa yang singkat ini.

Milijas digantung 3 perlawanan

                                       


Rayuan kad merah Wolves menentang Arsenal ditolak.

Rayuan midfielder Wolves, Nenad Milijas berhubung kad merah semasa aksi hari Selasa di Arsenal telah ditolak, dan dia digantung tiga perlawanan berkuat kuasa serta-merta.

Pemain antarabangsa Serbia itu berharap agar hukuman buang padang oleh pengadil, Stuart Attwell bagi cabaran terhadap midfielder The Gunners, Mikel Arteta pada separuh kedua seri 1-1, dibatalkan.

Namun, jawatankuasa disiplin Persatuan Bola Sepak menolak rayuan dan penggantungan itu akan bermula pada aksi Liga Perdana Barclays hari Sabtu menentang kelab yang sedang bergelut, Bolton.

Wolves kecewa dengan keputusan FA tidak membatalkan kad merah itu dan masih terkilan dengan tindakan pemain dibuang padang.

"Kami kecewa dengan keputusan hari ini," kata setiausaha kelab Wolves, Richard Skirrow.

Wolves mengecam ketika FA tolak rayuan milijias

                                       
Mick McCarthy berang dengan keputusan yang dibuat oleh FA Inggeris.
Wolves telah melancarkan kecaman pedas terhadap FA selepas rayuan mereka berhubung kad merah Nenad Milijas ditolak.

Ketika saingan penyingkiran, Wigan merasa lega kerana berjaya dalam rayuan bagi kad merah terhadap striker, Conor Sammon semasa bertemu Manchester United, bos Wolves memberi reaksi marah kepada keputusan panel itu buat Milijas dan menuduh pengadil, Stuart Attwell tidak konsisten semasa seri 1-1 di The Emirates.

Setiausaha kelab, Richard Skirrow menggariskan rasa kecewa bagi isu di Molineux ketika pengesahan bahawa midfielder Serbia mereka harus menjalani penggantungan tiga perlawanan.

"Berdasarkan bukti video, kami amat yakin kami ada alasan yang baik bagi rayuan, kami rasa penggantungan tiga permainan ternyata tidak sesuai dengan kesalahan, yang mana telah diperkukuh oleh kejadian-kejadian lain dalam perlawanan."
 
"Walaupun menekankan faktor tak konsisten dan keterlaluan pengadil terhadap Nenad, namun kami memberitahu itu tak disifatkan sebagai satu kesilapan yang jelas dan serius. Oleh itu, keputusan hukuman telah dikekalkan."

"Bagi kami, tiada kekasaran serius. Sebelum Selasa itu, Nenad hanya mempunyai enam amaran dan tiada penggantungan. Selaku kelab, kami bukan pasukan yang selalu membuat rayuan kad merah. Pada renungan lanjut, "kecewa" tak kelihatan berlaku adil kepada perasaan semua orang di kelab."

Bolton Sedia sokong Coyle dengan wang cahill

                                                Coyle juga sedang menyemak pemain sasaran lain.

Bos Owen Coyle menerima sokongan penuh dari pemilik Bolton, Eddie Davies untuk membawa kelab keluar dari krisis mereka.

Coyle dan pengerusi kelab Phil Gartside mengunjungi Davies di Isle of Man untuk menyatakan plot perpindahan musim sejuk ini – dan seterusnya. 

Meskipun dengan pencapaian Bolton yang teruk musim ini, Davies berikrar untuk terus menyokong  Coyle dan sedia memberikan wang hasil penjualan Gary Cahill dan mungkin bajet tambahan.

Davies yang sememangnya penyokong sejati Bolton, telah pun membelanjakan kekayaannya untuk kelab dan gembira dengan perancangan terbaru Coyle untuk mengurangkan purata skuad yang diwarisinya apabila mengambil alih jawatan pengurus dua tahun yang lalu.

Coyle terbatas di pasaran pemain setakat ini, dengan pasukan terakhir yang diturunkan mengandungi lapan pemain dari rejim bekas pengurus Gary Megson.

Bolton berharap dapat membeli pemain pertahanan tengah Amerika Syarikat, Tim Ream dalam masa beberapa hari lagi dan mendapatkannya permit kerja
 

Martinez puji FA Kerana tarik balik kad merah Sammon

                                       
Conor Sammon ... bebas untuk bermain sekarang.
Roberto Martinez memberitahu beliau mendapat keadilan selepas FA menarik balik kad merah yang dilayangkan kepada Conor Sammon semasa kekalahan 5-0 malam Isnin lalu kepada Manchester United.

Wigan sedang ketinggalan 1-0 di Old Trafford apabila pada minit ke 39, penyerang ini tertepis muka  Michael Carrick dengan tangan kirinya. 

Ia nampak seperti tidak disengajakan dan Sammon nampak kecewa untuk dihukum dan ia bertukar menjadi terkejut apabila dikenakan kad merah oleh pengadil, Phil Dowd.

Martinez berkata: “Kami berterima kasih dengan panel untuk keputusan mereka, di mana ia adalah betul. 

“Saya gembira untuk memiliki beliau pada tiga perlawanan seterusnya. Ia tidak adil untuk beliau terus berasa kecewa selepas apa yang dialaminya Isnin lalu diigantung tiga perlawanan sedang beliau tidak melakukan sebarang kesalahan.”

Jumaat, 30 Disember 2011

Wigan usaha lepaskan Sammon

Connor Sammon mahu kad merahnya dibatalkan.

Wigan telah merayu kad merah yang dikenakan ke atas Conor Sammon semasa kekalahan 5-0 kepada  Manchester United.
 
Penyerang Ireland itu dibuang padang oleh pengadil Phil Dowd pada perlawanan Boxing Day kerana didakwa menyiku Michael Carrick.
 
Carrick dan bos United, Alex Ferguson  mengakui layangan kad merah tersebut agak keterlaluan dan the Latics berazam untuk membatalkan keputusan tersebut.
 
Pengurus Wigan,  Roberto Martinez memberitahu: "Conor tak lakukan sebarang kesalahan. Anda perlu menerima hukuman jika melakukan kesalahan tapi ia adalah fasa normal permainan."
 
"Kad merah adalah keputusan yang silap. Ia akan menjadi keadaan yang amat sukar untuk melihat  Conor terlepas tiga perlawanan tapi kami akan tunggu dan lihat."
 
Berdasarkan keputusan sekarang, Sammon, 25, akan menerima hukuman penggantungan tiga perlawanan – mengenepikannya dari kunjungan Sabtu ini ke Stoke selain perlawanan dengan Sunderland malam Selasa serta pertemuan Piala FA di Swindon.


Pecat pengurus memang menjadi

                               
Pengurus baru akan selamatkan Blackburn?
Blackburn berdepan penyingkiran divisyen jika tidak memecat pengurus sekarang, Steve Kean — dan ia adalah fakta.
 
Sejarah menunjukkan tiga pasukan tercorot pada 1 Januari akan berpeluang untuk terselamat jika menukar pengurus mereka.
 
Laporan yang disediakan oleh pencipta permainan 'Football Manager' menunjukkan kelab yang memecat pengurus mereka musim lepas akan ada pencapaian yang lebih baik selepas pemecatan tersebut.
 
Liverpool memenangi lebih dari separuh mata tambahan setiap perlawanan selepas menggantikan Roy Hodgson dengan Kenny Dalglish.
 
Namun Hodgson melakukan perkara hampir serupa di West Brom selepas menggantikan  Roberto Di Matteo dan menyaksikan perubahan pasukannya.
Newcastle ada pencapaian yang sedikit lebih baik di bawah Alan Pardew berbanding Chris Hughton.
 
Malahan setiap pasukan yang memecat pengurus mereka musim lepas secara puratanya memperolehi lebih banyak mata di bawah pengurus baru mereka — melainkan  Rovers apabila Kean menggantikan  Sam Allardyce.
 
Di bawah pengurus Scotland tersebut,  Blackburn menang 1.05 mata setiap perlawanan dibandingkan dengan 1.22 mata dalam kesemua 16 perlawanan yang dikendalikan oleh Allardyce.
 
Secara purata, perubahan pengurus menghasilkan  4.7 mata tambahan untuk baki musim.

Pardew sedia dapatkan kembali Andy

                                           
Carroll menjaringkan 33 gol dari 60 permulaan kesebelasan utama untuk Newcastle.
Bos Newcastle Alan Pardew akan meraih sebarang peluang untuk membawa pulang penyerang tumpul the Kop ke Tyneside.
 
Carroll, 22, hanya menjaringkan lima gol sejak perpindahan £35 jutanya ke Liverpool hampir setahun yang lalu sedangkan penggantinya Demba Ba telah menjaringkan 14 gol liga untuk the Geordies dalam musim ini sahaja.
 
Namun Pardew masih yakin dengan bekas pemain Toon tersebut.
 
Beliau berkata: "Anda tidak akan pernah mahu kehilangan pemain yang hebat dan kami tidak pernah mahu kehilangan Andy. Saya akan bawa beliau pulang jika saya ada peluang."
 
"Jika harga yang ditawarkan oleh Liverpool tidak begitu tinggi, beliau masih lagi akan berada di sini."
 
Kecederaan telah membuatkan Carroll gagal menempatkan diri sebagai kesebelasan utama pasukan di bawah Kenny Dalglish dan beliau hanya melakukan 14 permulaan kesebelasan utama liga untuk the Reds.
 
Pardew menambah: "Peluang terus bermain dalam pasukan merupakan apa yang diinginkan oleh semua penyerang."
 
"Beliau pemuda yang bagus. Saya sukakan Andy dan saya kecewa melihat beliau diketepikan dari skuad England yang terakhir. Saya fikir beliau boleh jadi pemain No 9 England."
 
"Beliau melalui tempoh perubahan yang sukar. Beliau sedang mencari rentaknya di Liverpool dan saya pasti beliau akan menemuinya."

Hulk mahu kembali bersama bos lama,Villas-Boas

                                     
Hulk mungkin menyertai Villas-Boas Andre.
Ejen tonggak Porto, Hulk berkata striker itu akan senang untuk dikaitkan dengan bekas pengurus, Andre Villas-Boas di Stamford Bridge.
 
Warga Brazil berusia 25 tahun, yang nama sebenarnya Givanildo Vieira de Souza, telah dikaitkan dengan beberapa kelab terkemuka Eropah sepanjang beberapa bulan yang lalu.
 
Dengan Didier Drogba mempertimbangkan masa depannya di Chelsea berikutan minat oleh beberapa kelab China, Hulk boleh menjadi pengganti yang ideal.
 
Ejennya berkata, "(Hulk dan Andre Villas-Boas) memiliki tempoh bersama-sama yang hebat di Porto. hubungan mereka amat erat."
 
"Bekerja dengan Andre, sama ada di Chelsea, Porto atau mana-mana pasukan lain, Hulk akan bersetuju dengan sepenuh hati dan jiwa. Dalam bola sepak, segalanya mungkin."
 
"Pemain gembira di Porto, mereka melayannya dengan baik. Kelab-kelab yang berminat datangnya dari Perancis dan Brazil, tapi itu semua bergantung kepada kelab dan hasrat pemain."

Chelsea berisiko kehilangan Romeu ke barcelona

                             

Oriol Romeu setuju untuk kembali ke Nou Camp.


Andre Villas-Boas bakal kehilangan bakat muda yang menarik, Oriol Romeu kepada Barcelona, hanya lima bulan selepas menandatangani pemain itu dari juara Sepanyol.
Midfielder itu berpindah ke Chelsea pada harga £4.1 juta dalam bulan Ogos.
The Blues bagaimanapun bersetuju dengan perjanjian yang dikemuka oleh Barca, yang akan membolehkan mereka membeli kembali pemain. Dan Barca kini dilihat mahu membuat langkah lebih awal daripada yang dijangkakan ketika midfielder, Seydou Keita mahu keluar Nou Camp untuk mencari aksi skuad utama.
Walaupun Villas-Boas menegaskan awal minggu ini bahawa tidak ada perjanjian ke atas pemain bersama Barca, difahamkan johan Liga Juara-Juara akan kembali untuk warga Sepanyol berusia 20 tahun itu pada bulan Jun atau seawal bulan depan.

Olivier Giroud terlalu bagus untuk Newcastle

                                                   
Striker Montpellier, Olivier Giroud.
Newcastle dianggap sebagai 'terlalu kecil' bagi menandatangani tonggak Montpellier, Olivier Giroud, ketika Arsenal meletakkan tawaran £42 juta untuk striker Perancis itu.
 
Giroud, 25, dalam prestasi yang baik di Ligue 1 musim ini, dia menjaringkan 13 gol daripada 18 perlawanan. The Magpies dan The Gunners telah dikaitkan dengan potensi tawaran Januari.
 
Namun pemilik Montpellier, Louis Nicollin menafikan kemungkinan Alan Pardew menandatangani Giroud, dan memberitahu semua tawaran lain yang berminat bahawa pemain hanya dijual pada nilai tinggi. 
 
Ketika disoal mengenai minat The Geordies buat Giroud, Nicollin berkata, "Newcastle? Mereka terlalu kecil untuknya."
 
"Arsenal? Kita mesti lihat jika Arsene Wenger berminat kerana dia ada Van Persie."
 
"€10 juta? Dia tak akan pergi untuk nilai itu."
 
"Memandangkan dia masih berbaki lebih dua tahun dalam kontrak, dia akan dijual dengan nilai yang tinggi, sama ada €50 juta (£ 41.7 juta) atau €60 juta (£50 juta)."

Perbelanjaan perpindahan Januari akan kurang separuh berbanding rekod 2011

                               
Peraturan kewangan baru UEFA akan beri kesan kepada perbelanjaan keseluruhan.
Perbelanjaan perpindahan kelab Liga Perdana sepanjang jendela perpindahan Januari mungkin kurang separuh berbanding rekod musim lalu sejumlah £225 juta, menurut pakar kewangan bola sepak, Deloitte.

Dengan jendela perpindahan akan dibuka pada tengah malam Sabtu, diramalkan faktor yang memberi kesan termasuk peraturan kewangan baru UEFA dan perbincangan tentang perjanjian TV seterusnya akan memberi kesan menyeluruh terhadap perbelanjaan keseluruhan.

Dan Jones, seorang rakan kongsi di Deloitte berkata: "Kami akan terkejut - namun semestinya kita dah rasainya di masa lalu - jika perbelanjaan kasar lebih daripada 2011 kerana rekod tahun lalu terlalu besar [£225 juta].

"Kami juga tak jangka ia jatuh mendadak serendah seperti 2010 pada £30 juta sepanjang Januari. Senario yang hampir pasti adalah di antara tahap 2008 dan 2009 sekitar £170 juta dan tahap 2004-07 sekitar £50-£60 juta – sebagai contoh, katakan £100-£140 juta.

"Seperti biasa jumlah perbelanjaan akan dipengaruhi oleh penggunaan semula wang dalam sesuatu liga – seperti yang kita saksikan tahun lalu di antara Liverpool, Chelsea dan Newcastle."

"Dengan peraturan kewangan baru kini memasuki tempoh separuh tahun yang akan dibuat penilaian – kelab perlu secara berhati-hati memantau aktiviti perpindahan yang akan memberi impak terhadap keputusan kewangan mereka."

Michael Dawson kembali sertai latihan penuh

                                   
Dawson telah diketepikan sejak Ogos akibat masalah kecederaan Achilles.
Michael Dawson telah memberi Tottenham Hotspur dan Harry Redknapp lonjakan semangat selepas Krismas dengan kembali ke latihan penuh.

Bek tengah itu telah hanya membuat dua penampilan musim ini dan telah diketepikan dari beraksi sejak Ogos selepas mengalami masalah kecederaan Achilles. William Gallas dan Ledley King telah berkongsi tugas berpasangan dengan Younes Kaboul di tengah benteng Spurs, namun Dawson kini bakal kembali beraksi untuk pasukan utama.

"Rasa baik untuk kembali beraksi," kata Dawson. "Ia dah jadi beberapa bulan yang sukar, pertama cari punca masalah kecederaan Achilles dan akhirnya jalani pembedahan [pada November]. Ia dah jadi sangat baik sejak itu.

"Saya dah berlatih sejak beberapa minggu lalu tingkatkan kecergasan dan amat bagus dapat berlatih dengan rakan sepasukan lain semula. Ia dah jadi tempoh sukar. Saya seorang pemain bola sepak dan saya mahu keluar berlatih, bukan terperuk dalam gim pulih dari kecederaan. Seperti yang saya dah cakapkan, anda ambil mudah semuanya sewaktu anda cergas sepenuhnya.

"Saya lalui sesi itu dengan baik, semuanya OK dan saya tak sabar nak tunggu langkah seterusnya, kembali ke luar beraksi semula."

Maradona didenda 1,600 Pound kerana hina jurulatih lawan

                             


Diego Maradona didenda kerana memanggil jurulatih lawan biadab.

Diego Maradona telah didenda 9,000 dirham (£1,600) dan diberi amaran oleh jawatankuasa tatatertib Persatuan Bola Sepak Emiriah Arab Bersatu kerana secara lisan menghina jurulatih lawan.
Maradona, jurulatih Al Wasl bermusuhan dengan jurulatih Al Ain iaitu Cosmin Olaroiu sejak hilang sabar semasa tewas 1-0 November lalu. Warga Argentina itu mengadu bahawa Olaroiu dan stafnya meraikan gol kemenangan mereka dalam cara yang tidak profesional dan kemudiannya memanggil Olaroiu selaku "agak kurang ajar ... dia perlu belajar menjaga adab".
Sebagai tindak balas, Olaroiu memetik tentang bekas penyalahgunaan dadah Maradona dan menghina gaya pemakaiannya.
"Maradona tiada pemikiran yang jelas dalam hidupnya. Saya tak mengambil dadah. Hidup saya sempurna. Saya tak berbuat apa-apa, siapakah Maradona sebagai jurulatih? Dia harus menghormati kerja-kerjanya dan tak harus sekali-kali datang ke perlawanan dengan memakai seluar pendek."
Sejak tiba di Dubai, Maradona telah menarik perhatian negatif bagi kritikan terhadap pengadil, yang mana dia mendakwa berat sebelah terhadap kelabnya, dan menendang peminat yang menceroboh semasa mengambil gambar selepas aksi. 

Ivica Olic tak akan tinggalkan the allianz pada januari

                                   

Olic menyertai kelab pada musim panas 2009 secara percuma dari Hamburg.

Striker Bayern Munich, Ivica Olic mengesahkan dia tidak akan meninggalkan kelab itu pada Januari, walaupun berkali-kali dikaitkan dengan berpindah keluar dari Allianz Arena.
Pemain antarabangsa berpengalaman Croatia itu melalui tempoh dibelenggu kecederaan akhir-akhir ini dan telah dipinggirkan di The Allianz Arena.
Olic akan tamat kontrak pada musim panas dan telah menarik minat daripada kelab-kelab di Jerman, Itali dan Sepanyol, tetapi muncul bahawa mana-mana langkah berpotensi kini perlu menunggu sehingga musim panas.
"Mereka (Bayern Munich) menyatakan kelab bergantung kepada saya dan menjual saya bukan satu pilihan," kata pemain berusia 32 tahun itu.
"Saya beritahu mereka saya mahu pergi dan ada beberapa tawaran hebat tetapi mereka tak mahu membincangkannya. Mereka juga berkata saya akan dihukum jika saya terus bercakap tentang berpindah."

Becks semakin hampir perolehi $12.5 juta bersama PSG

                                         



Becks, kontrak lima tahunnya bersama LA Galaxy berakhir Sabtu lalu.

David Beckham akan memperolehi £12.5 juta dengan mengekori Carlo Ancelotti menyertai Paris St Germain.
Bekas kapten England berusia 36 tahun itu semakin hampir mempersetujui kontrak 18 bulan dengan gaji mingguan £160,000.
Manakala bekas pengurus Chelsea, Ancelotti akan menandatangani kontrak sebagai pengurus baru PSG selepas pendahulu liga Perancis itu memecat Antoine Kombouare kelmarin.
Pengurus dari Itali itu akan menerima gaji £110,000 seminggu untuk selama 2½ tahun — total £14.3 juta — menjadikan beliau pengurus bergaji paling lumayan dalam bola sepak Perancis.
Gaji lumayan mereka akan dibayar oleh Qatar Investment Authority yang memiliki PSG.
Ancelotti, 52, sedang menantikan satu lagi peluang menjadi pengurus kelab teratas di England selepas dipecat Chelsea pada Mei lalu.
Beliau akan melepaskan bayaran gaji selama lima bulan dari the Blues untuk berpindah ke Paris.

China tingkatkan pemburuan untuk Drogba

                                       


Tawaran wang besar untuk Didier Drogba.

Didier Drogba mesti memutuskan sama ada mahu mengemukakan permohonan perpindahan formal di Chelsea selepas dilamar oleh TIGA kelab China.
Pemain berusia 33 tahun itu berminat berpindah ke Timur Jauh selepas menerima banyak tawaran lumayan kebelakangan ini.
Beliau telah dijanjikan dengan kontrak gaji £200,000 seminggu oleh kelab Dalian Aerbin dan Shanghai Shenhua.
Kini juara China,  Guangzhou Evergrande telah menyertai persaingan dan sedia mengatasi mana-mana tawaran dari pesaing mereka di Super League.
Pemain antarabangsa Ivory Coast itu berbaki enam bulan dalam kontrak semasanya di Stamford Bridge dan telah menolak tawaran kontrak sambungan setahun.
Nicolas Anelka telah pun mengesahkan perpindahan ke Shanghai bulan hadapan.

Henry siap sedia

                                   


Thierry Henry ... masih berminat kembali ke Gunners.

Thierry Henry berusaha bersungguh-sungguh untuk kembali ke pasukan Arsenal.
Legenda the  Gunners ini mahukan kontrak jangka pendek di the Emirates ketika pasukan New York Red Bulls yang diwakilinya berehat musim sejuk.
Henry sedang berlatih dengan gigih bersama skuad sekarang.
Dan bek tengah Jerman, Per Mertesacker memberitahu: "Saya sangat gembira untuk bermain menentangnya dalam latihan, penyertaan beliau akan menjadi peluang hebat untuk kami."
"Thierry masih lagi memiliki mental kemenangan yang pernah beliau tunjukkan dalam banyak perlawanan di Arsenal."

Arsenal dan Chelsea mahukan remaja reash Barca

                                         Isaac Cuenca dikehendaki oleh Arsenal dan Chelsea.



Arsenal dan Chelsea sedang memantau perkembangan kontrak antara Barcelona dan striker remaja, Isaac Cuenca.
 
Cuenca, 20, masih belum mempersetujui terma baru dan akan tamat kontrak pada musim panas, jadi dia bebas untuk bercakap kepada kelab lain dalam Tahun Baru.
 
Sementara itu, Barcelona sedang mempertimbangkan mengaktifkan klausa dalam perjanjian mereka dengan Chelsea untuk Oriol Romeu.
 
Perjanjian itu difahami menetapkan bahawa Barcelona akan boleh membelinya kembali selepas musim pertama pada nilai £8 juta.

Saya gembira di Newcastle

                                                 Tiote berikrar untuk kekal di St James Park 



Midfielder Newcastle, Tiote Cheick menegaskan dia akan menolakminat dari Chelsea, Tottenham dan Manchester United ketika dia gembira untuk kekal di Tyneside.
 
Pemain antarabangsa Ivory Coast berusia 25 tahun itu dikaitkan dengan perpindahan keluar dari St James' Park dalam beberapa minggu kebelakangan ini.
 
Namun, Tiote telah bersumpah dia mahu fokus sepenuhnya kepada bola sepak ketika spelkulasi kian berkembang.
 
Dia berkata, "Orang ramai boleh berkata apa sahaja yang mereka mahu, tapi saya pemain bola sepak profesional dan saya bermain untuk Newcastle."
 
"Saya tak pernah terfikir mahu pergi pada Januari, saya sangat gembira bermain untuk kelab ini."
 
"Itu tugas saya dan saya perlu bekerja keras untuk pasukan dan kelab. Saya perlu fokus kepada peranan saya untuk Newcastle, itulah yang saya perlu lakukan."
 
Kata-kata tersebut mungkin memberikan keselesaan kepada Pardew, yang tahu apa-apa keputusan mungkin bukan atas dirinya sekiranya terdapat tawaran yang datang.
 
Dia menghabiskan kebanyakan tempoh pada Januari lalu menegaskan striker, Andy Carroll bukan untuk dijual, namun akhirnya melihat pemain itu menuju pintu keluar untuk Liverpool selepas The Reds membentangkan tawaran besar £35 juta pada hari terakhir jendela.

Saya hampir 100% pasti kekal di Spurs

                                                    Luka Modric ... kekal sehingga Jun.

Luka Modric telah beralih menafikan mana-mana khabar angin dia akan pergi pada Januari dengan mendakwa dia hampir pasti kekal di Spurs.
Bintang Croatia tersebut mahu mengelak berulangnya situasi yang dihadapi pada musim panas apabila banyak kali percubaan langkah midfielder itu ke Chelsea digagalkan bagi memberinya permulaan di Tottenham pada musim 2011/12.
Dijangkakan The Blues menyediakan satu lagi langkah bagi Modric dan Sir Alex Ferguson juga berminat berikutan kecederaan pemain tengah utama Manchester United musim ini.
Namun, pemain sendiri telah segera menolak spekulasi tersebut, memberitahu Sportske Novosti, "Semua Perbincangan ini hanya di akhbar. Saya tak tahu apa-apa tentang tawaran-tawaran yang ada."
"Memandangkan situasi semasa, dan terutamanya berdasarkan fakta saya tak mahu mengulangi apa yang saya lalui semasa perpindahan musim panas, saya boleh katakan hampir 100% pasti bahawa saya akan kekal di Tottenham sehingga akhir musim."
"Saya sentiasa berkata bahawa, secara teorinya terdapat peluang kecil yang saya boleh pergi, jika kelab itu menerima tawaran yang sesuai dan saya tak mahu menolak, tetapi realitinya adalah saya menjangkakan berada di Spurs sehingga Jun, kemudian kita akan lihat."

Dapatkan ya di pasaran 

La liga lebih baik daripada liga perdana

                     Cristiano Ronaldo ... skil dan tekniknya lebih baik berbanding Liga Perdana


.

Cristiano Ronaldo lebih memilih La Liga Sepanyol berbanding Liga Perdana Inggeris kerana dia mendakwa liga itu membolehkan pemain individu bersinar.
Ronaldo bermain di Manchester United selama enam tahun sebelum menyertai gergasi Sepanyol, Real Madrid, dan memberitahu ketika di Persidangan Sukan Antarabangsa Dubai bahawa dia mempelajari peraturan asas dan asas bola sepak, terutamanya disiplin semasa di England.
Namun, dia menambah bahawa La Liga adalah liga terbaik di dunia kerana bergantung terhadap kemahiran dan teknik pemain.
Selepas menghasilkan 20 gol setakat musim ini, Ronaldo penjaring terbanyak di Sepanyol dan berkata dia tidak mempunyai niat untuk berpindah.
Sementara menegaskan dia boleh menyesuaikan diri dengan mana-mana liga, Ronald berkata dia mahu kekal di Real Madrid dan menambah, Terus-terang saya hanya menikmati masa ini."