Roberto Martinez memberitahu beliau mendapat keadilan selepas FA menarik balik kad merah yang dilayangkan kepada Conor Sammon semasa kekalahan 5-0 malam Isnin lalu kepada Manchester United. Wigan sedang ketinggalan 1-0 di Old Trafford apabila pada minit ke 39, penyerang ini tertepis muka Michael Carrick dengan tangan kirinya. Ia nampak seperti tidak disengajakan dan Sammon nampak kecewa untuk dihukum dan ia bertukar menjadi terkejut apabila dikenakan kad merah oleh pengadil, Phil Dowd. Martinez berkata: “Kami berterima kasih dengan panel untuk keputusan mereka, di mana ia adalah betul. “Saya gembira untuk memiliki beliau pada tiga perlawanan seterusnya. Ia tidak adil untuk beliau terus berasa kecewa selepas apa yang dialaminya Isnin lalu diigantung tiga perlawanan sedang beliau tidak melakukan sebarang kesalahan.” | |

Sabtu, 31 Disember 2011
Martinez puji FA Kerana tarik balik kad merah Sammon
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan