Selasa, 17 Januari 2012

Hughes sangkal penjualan Barton


Mark Hughes menafikan laporan penjualan Joey Barton.
Mark Hughes mahu berbelanja besar selepas kekalahan pasukan QPR yang baru dikendalikannya.
 
QPR telah pun melihat bidaan £3.5 juta mereka untuk bek tengah Chelsea, Alex ditolak.
 
Hughes, yang menafikan beliau akan menjual Barton, mahukan bek tengah Blackburn, Chris Samba, penyerang Fulham, Andy Johnson dan pemain pertahanan Manchester City, Nedum Onouha. Beliau juga telah dikaitkan dengan penyerang Sao Paulo, Henrique.
 
Hughes memberitahu: "Kami melihat pasaran untuk pemain yang bagus. Saya telah membaca berita tentang Joey tapi tiada cadangan kami mahu menjual beliau. Joey pemain berkualiti dan saya bercadang membawa pemain berkualiti bukan untuk menjualnya."

Samba Ancam mogok kerana mahu berpindah

Chris Samba diburu beberapa kelab Liga Perdana Inggeris.
Chris Samba mempertimbangkan untuk melancarkan mogok jika  Blackburn berterusan mengabaikan tawaran untuknya.
 
Rovers telah pun menolak tawaran £6.5 juta dari QPR dan Samba berpendapat ia jumlah yang munasabah memandangkan beliau hanya mendatangkan kos £450,000 dari Hertha Berlin lima tahun yang lalu.
 
Paris Saint-Germain dan Tottenham turut menunjukkan minat namun bek tengah Congo ini bimbang mereka akan menjauhkan diri dengan penilaian harga sekitar  £12 juta-14 juta.
 
Samba dikatakan mahu mengurus sendiri masalah ini, selepas menarik diri dari kemenangan ke atas Fulham – keputusan paling menarik minggu lepas – dengan alasan misteri sakit perut.
 
Blackburn telah pun menghantar pemain berusia 27 tahun ini menjalani pemeriksaan di hospital selepas beliau menelefon untuk memaklumkan dirinya sakit, hanya 24 jam selepas memberitahu akhbar Perancis, L’Equipe yang beliau mahu meninggalkan Ewood Park untuk kelab yang ‘bercita-cita’ dan mendakwa Rovers melanggar janji mereka kepadanya.
 
Pengurus pasukan, Steve Kean meredakan andaian bahawa  Samba sengaja mereka alasan sebagai sebahagian dari rancangannya untuk memaksa perpindahannya dengan berkata: "Saya tak fikir beliau sengaja. Saya memang faham (kenapa orang bertanya). Beliau bukan untuk dijual, semudah itu."

Ahad, 1 Januari 2012

Kami tak jangkakan banyak daripada Real Madrid

Dani Alves yakin Barcelona akan mengekalkan gelaran La Liga.

Bek kanan Barcelona, Dani Alves tampil memperkecilkan lawan, Real Madrid, dengan mendakwa dia tidak menjangkakan banyak daripada skuad Jose Mourinho musim ini.

"Kami tak jangkakan banyak dari mereka (Real Madrid). Segala pujian hanya buat Barca dan itu menyakitkan hati mereka. Kami di belakang mereka dalam carta tetapi kami masih ada pertemuan dengan mereka di Barcelona dan kami boleh mencuri mata untuk memenangi gelaran," kata bekas pemain Sevilla.

Dengan La Liga kini dalam cuti musim sejuk, Madrid di puncak, tiga mata mengatasi juara Barcelona walaupun skuad Pep Guardiola memenangi edisi terbaru Clasico 3-1 tiga minggu yang lalu.

Alves turut memuji pasukannya dan jurulatih, Pep Guardiola, yang dia yakin terlalu hebat.

"Orang ramai tak sedar apa yang kami lakukan. Ketika pasukan ini selesai, kami akan diberi pujian yang lebih tinggi. Kami akan selalu bersama (Pep) Guardiola. Pada masa hadapan, orang ramai akan mengiktiraf kerja-kerja yang dilakukannya," tambahnya.

Alves membuat kesimpulan dengan beberapa perkataan tentang rakan sepasukan Brazil, Neymar yang telah dikaitkan dengan perpindahan ke Nou Camp.

"Masa yang terbaik (menandatangani) Neymar adalah sekarang. Kita tak mahu menunggu dua tahun. Saya harap dia boleh datang tak lama lagi," katanya.


Wenger timbang pinjam Bridge ganti Vermaelen yang cedera

Vermaelen keluar ketika lawan QPR.
Arsene Wenger akan menimbang minggu ini samada untuk membuat perpindahan untuk Wayne Bridge sebagai pengganti selepas pemain Arsenal, Thomas Vermaelen terhincut-hincut keluar akibat masalah kejang betis ketika menang 1-0 ke atas QPR Sabtu lalu.
 
Arsenal kini mempunyai Kieran Gibbs dan Andre Santos diketepikan selain Vermaelen.
 
Midfielder Francis Coquelin mengisi kekosongan itu Sabtu lalu namun Wenger berkata: "Ia bodoh buat kami jika kami hilang mata kerana kami tiada seorang bek kiri.
 
"Vermaelen alami masalah kejang betis. Ia sangat serius untuk tak bermain pada Isnin atau menentang Leeds [Isnin depan] dalam Piala FA dan kami kini ada tiga bek kiri diketepikan."
 
Wenger turut mengesahkan yang Emmanuel Frimpong akan dipinjamkan ke Wolves untuk baki musim ini.
 
"Sebabnya adalah Frimpong berada di posisi Wilshere," kata Wenger.
 
"Dia ada keperluan untuk bermain, dia ada Song di depannya, dan dia seseorang yang perlukan latihan. Mick McCarthy beritahu saya dia ada peluang baik untuk bermain di Wolves."

Kejuaraan adalah 'fantasi'selepas tewas kepada villa

Andre Villas-Boas rumuskan kegagalan cabaran kejuaraan.
Andre Villas-Boas meminta maaf kepada peminat Chelsea selepas kekalahan mengejut 3-1 pasukan mereka menentang Aston Villa.
 
The Blues telahpun tewas tiga kali di tempat sendiri musim ini. Di masa lalu, mereka hampir kebal di Stamford Bridge. Namun peminat mengejek pemain Chelsea ketika mereka keluar padang semalam.
 
Villas-Boas berkata: "Kami mahu balas kembali kepercayaan peminat. Mereka ada hak untuk tunjukkan kekecewaan mereka. Mereka tahu mereka boleh beri perbezaan dan kami perlukan mereka. Tiada lari dari mencari alasan."
 
"Apa yang kami kesalkan lebih daripada itu, dari empat perlawanan terakhir, kami dah hilang peluang besar untuk kurangkan jurang dengan pendahulu. Kami dah boleh beri cabaran untuk kejuaraan jika kami nikmati Disember yang lebih baik."
 
Dia menambah: "Saya tak rasa kejuaraan kini realistik. Itu fantasi. Realiti kami adalah kedudukan empat teratas, namun itu belum cukup bagus. Keperluan minimum kelab ini adalah tempat pertama."

Sabtu, 31 Disember 2011

Kean gesa pemilik beli Jahnson dan Gunter

  
                                   


Kean mahukan Johnson.

Steve Kean telah menyatakan pemilik Blackburn terus menyokongnya – namun masih gagal untuk meyakinkan mereka supaya berbelanja demi menyelamatkan hayat Rovers di Liga Perdana. 

Kean telah diberikan kebenaran oleh pemilik kelab dari India, Venky’s untuk mendapatkan sehingga empat pemain semasa jendela perpindahan Januari ini.

Pengurus Scotland itu memujuk pemilik bersama Anuradha Desai segera memberikan tunai kerana ia penting untuk membeli pemain baru dengan penyerang Fulham,  Andy Johnson dan pemain pertahanan Nottingham Forest, Chris Gunter menjadi sasaran utamanya. 

Sumber dalaman mendakwa Kean mungkin terpaksa mengubah hajatnya dan mendapatkan pemain secara pinjaman dengan penyerang West Ham, Carlton Cole, yang mungkin boleh dipinjam, turut berada dalam pemerhatian. 

Kean berkata: “Saya telah berjam-jam bercakap dengan pemilik kelab sejak dua hari lepas. Kami akan mendapatkan pemain dengan seberapa segera yang boleh. Kami ada pemain yang cedera dan skuad yang nipis. Ia  sangat penting untuk memperkuatkan pasukan di awal musim perpindahan. Saya telah diminta menyenaraikan bahagian mana yang mahu saya perkuatkan. 

“Kami cuba mendapatkan pemain dengan segera. Saya mahukan empat orang pemain.”

Rovers, yang turut mencuba untuk mengurangkan hutang mereka, tidak mendedahkan dari mana sumber wang mereka.

West Ham enggan berganjak isu tawaran Tomkins

                             
Pemain West Ham, James Tomkins diburu Newcastle.
West Ham memberitahu Newcastle, mereka perlu meningkatkan tawaran £3 juta terhadap James Tomkins untuk menggoda kelab itu melakukan penjualan.

Newcastle juga berminat mendapatkan pemain Middlesbrough iaitu Rhys Williams dan pemain Manchester City, Nedum Onuoha, tetapi mencari pada nilai yang terbaik.

Pengurus West Ham, Sam Allardyce berkata, "Mungkin adanya beberapa minat buat James tetapi itu memerlukan kos mega untuk memilikinya.

Pertanyaan Allardyce bagi pemain Huddersfield, Jordan Rhodes telah ditolak manakala penjaga gol, Marek Stech dikehendaki oleh Burnley.