Selasa, 17 Januari 2012

Samba Ancam mogok kerana mahu berpindah

Chris Samba diburu beberapa kelab Liga Perdana Inggeris.
Chris Samba mempertimbangkan untuk melancarkan mogok jika  Blackburn berterusan mengabaikan tawaran untuknya.
 
Rovers telah pun menolak tawaran £6.5 juta dari QPR dan Samba berpendapat ia jumlah yang munasabah memandangkan beliau hanya mendatangkan kos £450,000 dari Hertha Berlin lima tahun yang lalu.
 
Paris Saint-Germain dan Tottenham turut menunjukkan minat namun bek tengah Congo ini bimbang mereka akan menjauhkan diri dengan penilaian harga sekitar  £12 juta-14 juta.
 
Samba dikatakan mahu mengurus sendiri masalah ini, selepas menarik diri dari kemenangan ke atas Fulham – keputusan paling menarik minggu lepas – dengan alasan misteri sakit perut.
 
Blackburn telah pun menghantar pemain berusia 27 tahun ini menjalani pemeriksaan di hospital selepas beliau menelefon untuk memaklumkan dirinya sakit, hanya 24 jam selepas memberitahu akhbar Perancis, L’Equipe yang beliau mahu meninggalkan Ewood Park untuk kelab yang ‘bercita-cita’ dan mendakwa Rovers melanggar janji mereka kepadanya.
 
Pengurus pasukan, Steve Kean meredakan andaian bahawa  Samba sengaja mereka alasan sebagai sebahagian dari rancangannya untuk memaksa perpindahannya dengan berkata: "Saya tak fikir beliau sengaja. Saya memang faham (kenapa orang bertanya). Beliau bukan untuk dijual, semudah itu."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan