Mark Hughes mahu berbelanja besar selepas kekalahan pasukan QPR yang baru dikendalikannya. QPR telah pun melihat bidaan £3.5 juta mereka untuk bek tengah Chelsea, Alex ditolak. Hughes, yang menafikan beliau akan menjual Barton, mahukan bek tengah Blackburn, Chris Samba, penyerang Fulham, Andy Johnson dan pemain pertahanan Manchester City, Nedum Onouha. Beliau juga telah dikaitkan dengan penyerang Sao Paulo, Henrique. Hughes memberitahu: "Kami melihat pasaran untuk pemain yang bagus. Saya telah membaca berita tentang Joey tapi tiada cadangan kami mahu menjual beliau. Joey pemain berkualiti dan saya bercadang membawa pemain berkualiti bukan untuk menjualnya." | |

Selasa, 17 Januari 2012
Hughes sangkal penjualan Barton
Samba Ancam mogok kerana mahu berpindah
Langgan:
Catatan (Atom)