
Wigan telah merayu kad merah yang dikenakan ke atas Conor Sammon semasa kekalahan 5-0 kepada Manchester United.
Penyerang Ireland itu dibuang padang oleh pengadil Phil Dowd pada perlawanan Boxing Day kerana didakwa menyiku Michael Carrick.
Carrick dan bos United, Alex Ferguson mengakui layangan kad merah tersebut agak keterlaluan dan the Latics berazam untuk membatalkan keputusan tersebut.
Pengurus Wigan, Roberto Martinez memberitahu: "Conor tak lakukan sebarang kesalahan. Anda perlu menerima hukuman jika melakukan kesalahan tapi ia adalah fasa normal permainan."
"Kad merah adalah keputusan yang silap. Ia akan menjadi keadaan yang amat sukar untuk melihat Conor terlepas tiga perlawanan tapi kami akan tunggu dan lihat."
Berdasarkan keputusan sekarang, Sammon, 25, akan menerima hukuman penggantungan tiga perlawanan – mengenepikannya dari kunjungan Sabtu ini ke Stoke selain perlawanan dengan Sunderland malam Selasa serta pertemuan Piala FA di Swindon.