Jumaat, 30 Disember 2011

Pecat pengurus memang menjadi

                               
Pengurus baru akan selamatkan Blackburn?
Blackburn berdepan penyingkiran divisyen jika tidak memecat pengurus sekarang, Steve Kean — dan ia adalah fakta.
 
Sejarah menunjukkan tiga pasukan tercorot pada 1 Januari akan berpeluang untuk terselamat jika menukar pengurus mereka.
 
Laporan yang disediakan oleh pencipta permainan 'Football Manager' menunjukkan kelab yang memecat pengurus mereka musim lepas akan ada pencapaian yang lebih baik selepas pemecatan tersebut.
 
Liverpool memenangi lebih dari separuh mata tambahan setiap perlawanan selepas menggantikan Roy Hodgson dengan Kenny Dalglish.
 
Namun Hodgson melakukan perkara hampir serupa di West Brom selepas menggantikan  Roberto Di Matteo dan menyaksikan perubahan pasukannya.
Newcastle ada pencapaian yang sedikit lebih baik di bawah Alan Pardew berbanding Chris Hughton.
 
Malahan setiap pasukan yang memecat pengurus mereka musim lepas secara puratanya memperolehi lebih banyak mata di bawah pengurus baru mereka — melainkan  Rovers apabila Kean menggantikan  Sam Allardyce.
 
Di bawah pengurus Scotland tersebut,  Blackburn menang 1.05 mata setiap perlawanan dibandingkan dengan 1.22 mata dalam kesemua 16 perlawanan yang dikendalikan oleh Allardyce.
 
Secara purata, perubahan pengurus menghasilkan  4.7 mata tambahan untuk baki musim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan