Striker Bayern Munich, Ivica Olic mengesahkan dia tidak akan meninggalkan kelab itu pada Januari, walaupun berkali-kali dikaitkan dengan berpindah keluar dari Allianz Arena. Pemain antarabangsa berpengalaman Croatia itu melalui tempoh dibelenggu kecederaan akhir-akhir ini dan telah dipinggirkan di The Allianz Arena. Olic akan tamat kontrak pada musim panas dan telah menarik minat daripada kelab-kelab di Jerman, Itali dan Sepanyol, tetapi muncul bahawa mana-mana langkah berpotensi kini perlu menunggu sehingga musim panas. "Mereka (Bayern Munich) menyatakan kelab bergantung kepada saya dan menjual saya bukan satu pilihan," kata pemain berusia 32 tahun itu. "Saya beritahu mereka saya mahu pergi dan ada beberapa tawaran hebat tetapi mereka tak mahu membincangkannya. Mereka juga berkata saya akan dihukum jika saya terus bercakap tentang berpindah." | |

Jumaat, 30 Disember 2011
Ivica Olic tak akan tinggalkan the allianz pada januari
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan