David Beckham akan memperolehi £12.5 juta dengan mengekori Carlo Ancelotti menyertai Paris St Germain. Bekas kapten England berusia 36 tahun itu semakin hampir mempersetujui kontrak 18 bulan dengan gaji mingguan £160,000. Manakala bekas pengurus Chelsea, Ancelotti akan menandatangani kontrak sebagai pengurus baru PSG selepas pendahulu liga Perancis itu memecat Antoine Kombouare kelmarin. Pengurus dari Itali itu akan menerima gaji £110,000 seminggu untuk selama 2½ tahun — total £14.3 juta — menjadikan beliau pengurus bergaji paling lumayan dalam bola sepak Perancis. Gaji lumayan mereka akan dibayar oleh Qatar Investment Authority yang memiliki PSG. Ancelotti, 52, sedang menantikan satu lagi peluang menjadi pengurus kelab teratas di England selepas dipecat Chelsea pada Mei lalu. Beliau akan melepaskan bayaran gaji selama lima bulan dari the Blues untuk berpindah ke Paris. | |

Jumaat, 30 Disember 2011
Becks semakin hampir perolehi $12.5 juta bersama PSG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan