Jumaat, 30 Disember 2011

Perbelanjaan perpindahan Januari akan kurang separuh berbanding rekod 2011

                               
Peraturan kewangan baru UEFA akan beri kesan kepada perbelanjaan keseluruhan.
Perbelanjaan perpindahan kelab Liga Perdana sepanjang jendela perpindahan Januari mungkin kurang separuh berbanding rekod musim lalu sejumlah £225 juta, menurut pakar kewangan bola sepak, Deloitte.

Dengan jendela perpindahan akan dibuka pada tengah malam Sabtu, diramalkan faktor yang memberi kesan termasuk peraturan kewangan baru UEFA dan perbincangan tentang perjanjian TV seterusnya akan memberi kesan menyeluruh terhadap perbelanjaan keseluruhan.

Dan Jones, seorang rakan kongsi di Deloitte berkata: "Kami akan terkejut - namun semestinya kita dah rasainya di masa lalu - jika perbelanjaan kasar lebih daripada 2011 kerana rekod tahun lalu terlalu besar [£225 juta].

"Kami juga tak jangka ia jatuh mendadak serendah seperti 2010 pada £30 juta sepanjang Januari. Senario yang hampir pasti adalah di antara tahap 2008 dan 2009 sekitar £170 juta dan tahap 2004-07 sekitar £50-£60 juta – sebagai contoh, katakan £100-£140 juta.

"Seperti biasa jumlah perbelanjaan akan dipengaruhi oleh penggunaan semula wang dalam sesuatu liga – seperti yang kita saksikan tahun lalu di antara Liverpool, Chelsea dan Newcastle."

"Dengan peraturan kewangan baru kini memasuki tempoh separuh tahun yang akan dibuat penilaian – kelab perlu secara berhati-hati memantau aktiviti perpindahan yang akan memberi impak terhadap keputusan kewangan mereka."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan