Midfielder Newcastle, Tiote Cheick menegaskan dia akan menolakminat dari Chelsea, Tottenham dan Manchester United ketika dia gembira untuk kekal di Tyneside. Pemain antarabangsa Ivory Coast berusia 25 tahun itu dikaitkan dengan perpindahan keluar dari St James' Park dalam beberapa minggu kebelakangan ini. Namun, Tiote telah bersumpah dia mahu fokus sepenuhnya kepada bola sepak ketika spelkulasi kian berkembang. Dia berkata, "Orang ramai boleh berkata apa sahaja yang mereka mahu, tapi saya pemain bola sepak profesional dan saya bermain untuk Newcastle." "Saya tak pernah terfikir mahu pergi pada Januari, saya sangat gembira bermain untuk kelab ini." "Itu tugas saya dan saya perlu bekerja keras untuk pasukan dan kelab. Saya perlu fokus kepada peranan saya untuk Newcastle, itulah yang saya perlu lakukan." Kata-kata tersebut mungkin memberikan keselesaan kepada Pardew, yang tahu apa-apa keputusan mungkin bukan atas dirinya sekiranya terdapat tawaran yang datang. Dia menghabiskan kebanyakan tempoh pada Januari lalu menegaskan striker, Andy Carroll bukan untuk dijual, namun akhirnya melihat pemain itu menuju pintu keluar untuk Liverpool selepas The Reds membentangkan tawaran besar £35 juta pada hari terakhir jendela. | |

Jumaat, 30 Disember 2011
Saya gembira di Newcastle
Tiote berikrar untuk kekal di St James Park
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan