Michael Dawson telah memberi Tottenham Hotspur dan Harry Redknapp lonjakan semangat selepas Krismas dengan kembali ke latihan penuh. Bek tengah itu telah hanya membuat dua penampilan musim ini dan telah diketepikan dari beraksi sejak Ogos selepas mengalami masalah kecederaan Achilles. William Gallas dan Ledley King telah berkongsi tugas berpasangan dengan Younes Kaboul di tengah benteng Spurs, namun Dawson kini bakal kembali beraksi untuk pasukan utama. "Rasa baik untuk kembali beraksi," kata Dawson. "Ia dah jadi beberapa bulan yang sukar, pertama cari punca masalah kecederaan Achilles dan akhirnya jalani pembedahan [pada November]. Ia dah jadi sangat baik sejak itu. "Saya dah berlatih sejak beberapa minggu lalu tingkatkan kecergasan dan amat bagus dapat berlatih dengan rakan sepasukan lain semula. Ia dah jadi tempoh sukar. Saya seorang pemain bola sepak dan saya mahu keluar berlatih, bukan terperuk dalam gim pulih dari kecederaan. Seperti yang saya dah cakapkan, anda ambil mudah semuanya sewaktu anda cergas sepenuhnya. "Saya lalui sesi itu dengan baik, semuanya OK dan saya tak sabar nak tunggu langkah seterusnya, kembali ke luar beraksi semula." | |

Jumaat, 30 Disember 2011
Michael Dawson kembali sertai latihan penuh
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan