Sabtu, 31 Disember 2011

Kean gesa pemilik beli Jahnson dan Gunter

  
                                   


Kean mahukan Johnson.

Steve Kean telah menyatakan pemilik Blackburn terus menyokongnya – namun masih gagal untuk meyakinkan mereka supaya berbelanja demi menyelamatkan hayat Rovers di Liga Perdana. 

Kean telah diberikan kebenaran oleh pemilik kelab dari India, Venky’s untuk mendapatkan sehingga empat pemain semasa jendela perpindahan Januari ini.

Pengurus Scotland itu memujuk pemilik bersama Anuradha Desai segera memberikan tunai kerana ia penting untuk membeli pemain baru dengan penyerang Fulham,  Andy Johnson dan pemain pertahanan Nottingham Forest, Chris Gunter menjadi sasaran utamanya. 

Sumber dalaman mendakwa Kean mungkin terpaksa mengubah hajatnya dan mendapatkan pemain secara pinjaman dengan penyerang West Ham, Carlton Cole, yang mungkin boleh dipinjam, turut berada dalam pemerhatian. 

Kean berkata: “Saya telah berjam-jam bercakap dengan pemilik kelab sejak dua hari lepas. Kami akan mendapatkan pemain dengan seberapa segera yang boleh. Kami ada pemain yang cedera dan skuad yang nipis. Ia  sangat penting untuk memperkuatkan pasukan di awal musim perpindahan. Saya telah diminta menyenaraikan bahagian mana yang mahu saya perkuatkan. 

“Kami cuba mendapatkan pemain dengan segera. Saya mahukan empat orang pemain.”

Rovers, yang turut mencuba untuk mengurangkan hutang mereka, tidak mendedahkan dari mana sumber wang mereka.

West Ham enggan berganjak isu tawaran Tomkins

                             
Pemain West Ham, James Tomkins diburu Newcastle.
West Ham memberitahu Newcastle, mereka perlu meningkatkan tawaran £3 juta terhadap James Tomkins untuk menggoda kelab itu melakukan penjualan.

Newcastle juga berminat mendapatkan pemain Middlesbrough iaitu Rhys Williams dan pemain Manchester City, Nedum Onuoha, tetapi mencari pada nilai yang terbaik.

Pengurus West Ham, Sam Allardyce berkata, "Mungkin adanya beberapa minat buat James tetapi itu memerlukan kos mega untuk memilikinya.

Pertanyaan Allardyce bagi pemain Huddersfield, Jordan Rhodes telah ditolak manakala penjaga gol, Marek Stech dikehendaki oleh Burnley.

Villa mahu pinjam Frimpong

                                   
Alex McLeish berharap dapat kalahkan Wolves untuk Frimpong.
Bos Aston Villa, Alex McLeish berharap dapat mengalahkan Wolves untuk meminjam pemain remaja  Emmanuel ­Frimpong dari Arsenal.

McLeish telah mengenal pasti midfield tengah Villa sebagai bahagian penting untuk diperkuatkan pada Januari ini. 

Beliau ada bajet yang terhad kerana perlu menjual untuk membeli tapi masih ada satu posisi pinjaman dengan bintang Spurs yang tercedera, Jermaine Jenas masih berada dalam senarai pemain Villa. 

McLeish cukup tertarik dengan kelibat pemain berusia 19 tahun itu semasa kemenangan Arsenal di Villa Park dan kini berharap dapat mengalahkan Wolves untuk kontrak pinjaman Frimpong hingga akhir musim.

QPR buat langkah pertama dalam pengejaran Jelavis

                                 
Nikica Jelavic antara penjaring gol di Rangers.
QPR telah membuat tawaran £7 juta untuk striker Rangers, Nikica Jelavic.

Pengurus Rangers, Ally McCoist mengesahkan tawaran telah diletakkan sebelum aksi rival pada Rabu lalu.

Dia berkata, "Seseorang di kelab memberitahu saya sebelum permainan bermula, yang mana saya amat perlukan. Itu satu kejutan."

Pengurus West Bromwich Albion, Roy Hodgson dalam kelompok penontonsemasa permainan, begitu juga pengurus Everton, David Moyes. Namun kedua-dua kelab itu akan bergelut menandingi tawaran QPR terhadap Rangers sekitar £10 juta.

Jelavic berpindah ke Rangers dengan harga £4 juta dari Rapid Vienna pada musim panas 2010 dan telah menjaringkan 28 gol dalam 43 aksi untuk kelab itu.

Sunderland dan Liverpool juga telah dikaitkan dengan pemain berusia 26 tahun itu yang melalui tempoh jaringan terbaik dalam kariernya.

Winterburn jangka Henry menyinar

                               
Thierry Henry bakal menyertai Arsenal secara pinjaman.
Bekas bek Arsenal, Nigel Winterburn yakin kepulangan Thierry Henry ke Emirates akan menyediakan batu loncatan yang besar kepada kelab itu.

Ketika ditanya mengenai potensi perjanjian itu, Winterburn berkata, "Saya harap semua berjalan lancar seperti yang dijangkakan."

"Itu berita baik untuk penyokong Arsenal. Thierry Henry merupakan juara. Jika dia boleh memberi kesan kepada pemain di sekelilingnya, itu baik untuk mereka."

"Saya harap semuanya akan sempurna."

Di sebalik keghairahan mahu melihat warga Perancis itu kembali ke jersi Arsenal, Winterburn mengakui kepulangan Henry merupakan satu perjudian.

Jika segalanya berjalan lancar, itu akan menjadi satu langkah hebat oleh Arsene Wenger, namun pada sisi lain jika ia gagal, orang akan berkata, "Kenapa dia tak keluar dan dapatkan striker bertaraf dunia masa kini?"

"Adakah dia akan memainkan peranan tengah dan mungkin Robin van Persie beralih ke kiri? Van Persie merupakan tonggak di Arsenal ketika ini. Akan ada banyak soalan untuk dijawab tetapi Arsenal akan gembira memilikinya kembali untuk masa yang singkat ini.

Milijas digantung 3 perlawanan

                                       


Rayuan kad merah Wolves menentang Arsenal ditolak.

Rayuan midfielder Wolves, Nenad Milijas berhubung kad merah semasa aksi hari Selasa di Arsenal telah ditolak, dan dia digantung tiga perlawanan berkuat kuasa serta-merta.

Pemain antarabangsa Serbia itu berharap agar hukuman buang padang oleh pengadil, Stuart Attwell bagi cabaran terhadap midfielder The Gunners, Mikel Arteta pada separuh kedua seri 1-1, dibatalkan.

Namun, jawatankuasa disiplin Persatuan Bola Sepak menolak rayuan dan penggantungan itu akan bermula pada aksi Liga Perdana Barclays hari Sabtu menentang kelab yang sedang bergelut, Bolton.

Wolves kecewa dengan keputusan FA tidak membatalkan kad merah itu dan masih terkilan dengan tindakan pemain dibuang padang.

"Kami kecewa dengan keputusan hari ini," kata setiausaha kelab Wolves, Richard Skirrow.

Wolves mengecam ketika FA tolak rayuan milijias

                                       
Mick McCarthy berang dengan keputusan yang dibuat oleh FA Inggeris.
Wolves telah melancarkan kecaman pedas terhadap FA selepas rayuan mereka berhubung kad merah Nenad Milijas ditolak.

Ketika saingan penyingkiran, Wigan merasa lega kerana berjaya dalam rayuan bagi kad merah terhadap striker, Conor Sammon semasa bertemu Manchester United, bos Wolves memberi reaksi marah kepada keputusan panel itu buat Milijas dan menuduh pengadil, Stuart Attwell tidak konsisten semasa seri 1-1 di The Emirates.

Setiausaha kelab, Richard Skirrow menggariskan rasa kecewa bagi isu di Molineux ketika pengesahan bahawa midfielder Serbia mereka harus menjalani penggantungan tiga perlawanan.

"Berdasarkan bukti video, kami amat yakin kami ada alasan yang baik bagi rayuan, kami rasa penggantungan tiga permainan ternyata tidak sesuai dengan kesalahan, yang mana telah diperkukuh oleh kejadian-kejadian lain dalam perlawanan."
 
"Walaupun menekankan faktor tak konsisten dan keterlaluan pengadil terhadap Nenad, namun kami memberitahu itu tak disifatkan sebagai satu kesilapan yang jelas dan serius. Oleh itu, keputusan hukuman telah dikekalkan."

"Bagi kami, tiada kekasaran serius. Sebelum Selasa itu, Nenad hanya mempunyai enam amaran dan tiada penggantungan. Selaku kelab, kami bukan pasukan yang selalu membuat rayuan kad merah. Pada renungan lanjut, "kecewa" tak kelihatan berlaku adil kepada perasaan semua orang di kelab."

Bolton Sedia sokong Coyle dengan wang cahill

                                                Coyle juga sedang menyemak pemain sasaran lain.

Bos Owen Coyle menerima sokongan penuh dari pemilik Bolton, Eddie Davies untuk membawa kelab keluar dari krisis mereka.

Coyle dan pengerusi kelab Phil Gartside mengunjungi Davies di Isle of Man untuk menyatakan plot perpindahan musim sejuk ini – dan seterusnya. 

Meskipun dengan pencapaian Bolton yang teruk musim ini, Davies berikrar untuk terus menyokong  Coyle dan sedia memberikan wang hasil penjualan Gary Cahill dan mungkin bajet tambahan.

Davies yang sememangnya penyokong sejati Bolton, telah pun membelanjakan kekayaannya untuk kelab dan gembira dengan perancangan terbaru Coyle untuk mengurangkan purata skuad yang diwarisinya apabila mengambil alih jawatan pengurus dua tahun yang lalu.

Coyle terbatas di pasaran pemain setakat ini, dengan pasukan terakhir yang diturunkan mengandungi lapan pemain dari rejim bekas pengurus Gary Megson.

Bolton berharap dapat membeli pemain pertahanan tengah Amerika Syarikat, Tim Ream dalam masa beberapa hari lagi dan mendapatkannya permit kerja
 

Martinez puji FA Kerana tarik balik kad merah Sammon

                                       
Conor Sammon ... bebas untuk bermain sekarang.
Roberto Martinez memberitahu beliau mendapat keadilan selepas FA menarik balik kad merah yang dilayangkan kepada Conor Sammon semasa kekalahan 5-0 malam Isnin lalu kepada Manchester United.

Wigan sedang ketinggalan 1-0 di Old Trafford apabila pada minit ke 39, penyerang ini tertepis muka  Michael Carrick dengan tangan kirinya. 

Ia nampak seperti tidak disengajakan dan Sammon nampak kecewa untuk dihukum dan ia bertukar menjadi terkejut apabila dikenakan kad merah oleh pengadil, Phil Dowd.

Martinez berkata: “Kami berterima kasih dengan panel untuk keputusan mereka, di mana ia adalah betul. 

“Saya gembira untuk memiliki beliau pada tiga perlawanan seterusnya. Ia tidak adil untuk beliau terus berasa kecewa selepas apa yang dialaminya Isnin lalu diigantung tiga perlawanan sedang beliau tidak melakukan sebarang kesalahan.”