Bos Aston Villa, Alex McLeish berharap dapat mengalahkan Wolves untuk meminjam pemain remaja Emmanuel Frimpong dari Arsenal. McLeish telah mengenal pasti midfield tengah Villa sebagai bahagian penting untuk diperkuatkan pada Januari ini. Beliau ada bajet yang terhad kerana perlu menjual untuk membeli tapi masih ada satu posisi pinjaman dengan bintang Spurs yang tercedera, Jermaine Jenas masih berada dalam senarai pemain Villa. McLeish cukup tertarik dengan kelibat pemain berusia 19 tahun itu semasa kemenangan Arsenal di Villa Park dan kini berharap dapat mengalahkan Wolves untuk kontrak pinjaman Frimpong hingga akhir musim. | |

Sabtu, 31 Disember 2011
Villa mahu pinjam Frimpong
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan