Rayuan midfielder Wolves, Nenad Milijas berhubung kad merah semasa aksi hari Selasa di Arsenal telah ditolak, dan dia digantung tiga perlawanan berkuat kuasa serta-merta. Pemain antarabangsa Serbia itu berharap agar hukuman buang padang oleh pengadil, Stuart Attwell bagi cabaran terhadap midfielder The Gunners, Mikel Arteta pada separuh kedua seri 1-1, dibatalkan. Namun, jawatankuasa disiplin Persatuan Bola Sepak menolak rayuan dan penggantungan itu akan bermula pada aksi Liga Perdana Barclays hari Sabtu menentang kelab yang sedang bergelut, Bolton. Wolves kecewa dengan keputusan FA tidak membatalkan kad merah itu dan masih terkilan dengan tindakan pemain dibuang padang. "Kami kecewa dengan keputusan hari ini," kata setiausaha kelab Wolves, Richard Skirrow. | |

Sabtu, 31 Disember 2011
Milijas digantung 3 perlawanan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan