Andre Villas-Boas rumuskan kegagalan cabaran kejuaraan. Andre Villas-Boas meminta maaf kepada peminat Chelsea selepas kekalahan mengejut 3-1 pasukan mereka menentang Aston Villa. The Blues telahpun tewas tiga kali di tempat sendiri musim ini. Di masa lalu, mereka hampir kebal di Stamford Bridge. Namun peminat mengejek pemain Chelsea ketika mereka keluar padang semalam. Villas-Boas berkata: "Kami mahu balas kembali kepercayaan peminat. Mereka ada hak untuk tunjukkan kekecewaan mereka. Mereka tahu mereka boleh beri perbezaan dan kami perlukan mereka. Tiada lari dari mencari alasan." "Apa yang kami kesalkan lebih daripada itu, dari empat perlawanan terakhir, kami dah hilang peluang besar untuk kurangkan jurang dengan pendahulu. Kami dah boleh beri cabaran untuk kejuaraan jika kami nikmati Disember yang lebih baik." Dia menambah: "Saya tak rasa kejuaraan kini realistik. Itu fantasi. Realiti kami adalah kedudukan empat teratas, namun itu belum cukup bagus. Keperluan minimum kelab ini adalah tempat pertama." |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan